Guru Besar Encik Wong Kim Tong duduk bersebelahan dengan Cik Er San San di baris pertama ketika menyertai Ceramah pada pukul 2.00 petang di dewan kuliah Wei Fatt sekolah yang berhawa dingin.
Guru-guru SJK C Chun Yin memasang telinga semasa menyertai ceramah tersebut.
Guru Besar menyampaikan tanda mata dan sijil kepada penceramah, Encik Wong Ah Teh.
Encik Wong Ah Teh telah dijemput untuk memberi ceramah kepada guru-guru SJK C Chun Yin pada 21 Oktober 2009. Ceramah beliau bertajuk "Kaedah P&P tentang Penulisan Karangan dalam Bahasa Cina.
Ceramah ini telah membawa banyak nikmat dan manfaat kepada guru-guru yang menyertai ceramah tersebut. Menurut peserta ceramah tersebut, Encik Wong Ah Teh memang seorang penceramah yang petah dan berkaliber.
BalasPadam