Lanscape Sekolah 校园景色

Rabu, 10 Mac 2010

Rancangan PSS Tahun 2010 hingga 2014

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
( 2010 - 2014 )
1.0 Pengenalan
Pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah, SJK  C Chun Yin, Titi,  sentiasa menyediakan asas pelaksanaan aktiviti berfokus dari tahun 2004 – 2008. Untuk mencemerlangkan aspek-aspek sahsiah insan (pelajar, guru dan kakitangan sokongan), kurikulum dan kokurikulum di mana instrument pemantauan PSS digunapakai sebagai instrument untuk mengukur aras kesediaan unit-unit di bawah pengurusannya. Kini, selaras dengan tuntutan dunia tanpa sempadan, PSS juga harus seiring sejalan untuk membuat lonjakan ke peringkat yang lebih tinggi, PSS SJK C Chun Yin  perlu memantapkan sistem pengurusan berkesan melalui satu blueprint berfokus 2009 – 2013 demi kesinambungan kejayaan-kejayaan pada masa-masa akan datang.

2.0 Rasional
2.1 Semua sekolah berfokus ke arah pengurusan yang selaras.
2.2 Perkongsian idea/ pengetahuan, kepakaran guru-guru di SJK C Chun Yin, Titi, GPM di daerah Jelebu  mahupun di Negeri Sembilan.
2.3 Membudayakan pengurusan yang bersistem dan berkualiti.
2.4 Ke arah anjakan paradigma dengan mengamalkan budaya berteraskan ICT yang lebih sistemik.
3.0 Objektif
3.1 Membudayakan kerja sepasukan.
3.2 Pengurusan kewangan cemerlang tanpa teguran.
3.3 Pengurusan fail yang kemaskini.
3.4 Semua pengawas Pusat Sumber Sekolah diberi latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
3.5 Menjelang tahun 2013 semua bilik khas di pusat sumber sekolah mencapai tahap fizikal menepati SKPM.
3.6 Ke arah permuafakatan koloboratif yang berkesan dan berkualiti dalam memperkasakan sekolah.
3.7 Meningkatkan penggunaan peralatan ICT dalam pengurusan sekolah.

4.0 Sasaran
4.1 Semua warga SJK C Chun Yin

5.0 Pengurusan Kewangan
5.1 Isu dan Masalah
5.1.1 Peraturan tidak dipatuhi.
5.1.2 Dokumen tuntutan tidak lengkap dan tidak mengikut peraturan.
5.1.3 Kemahiran pengurusan kewangan yang rendah.
5.1.4 Bilangan kakitangan tidak mencukupi.
5.1.5 Pengurusan kewangan yang kurang telus.
5.2 Strategi
5.2.1 Mewujudkan Jawatankuasa Audit Dalaman
5.2.2 Kursus pengurusan kewangan dan akaun pusat sumber sekolah.
5.2.3 Semakan Audit Dalaman Pusat Sumber Sekolah.

6.0 Pengurusan Sumber Manusia
6.1 Isu dan Masalah
6.1.1 Kekurangan kakitangan.
6.1.2 Kurang kemahiran/ tidak cekap/ stress.
6.1.3 Sikap negatif/ bermasalah

6.2 Strategi
6.2.1 Kursus Dalam Perkhidmatan.
6.2.2 Pemantauan berkala.
6.2.3 Penyusunan semula dan perincian tugas.
6.2.4 Memberi pengiktirafan dan penghargaan.

7.0 Pengurusan Fizikal
7.1 Isu dan Masalah
7.1.1 Kerosakan fizikal.
7.1.2 Penyelenggaraan.
7.1.3 Bekalan peralatan/ perabot.
7.1.4 Alatan tidak berkualiti.

7.2 Strategi
7.2.1 Penyelenggaraan dan pembaikan fizikal sekolah dibuat mengikut keperluan secara berterusan.
7.2.2 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Fizikal.
7.2.3 Penyediaan format dan tatacara laporan kerosakan/ aduan/ pelupusan/ naik taraf.
7.2.4 Mempunyai rekod kontraktor yang berwibawa dan yang bermasalah.
7.2.5 Pemantauan fizikal sekolah secara berkesan dan secara berterusan.
7.2.6 Mewujudkan hubungan professional antara KPM, JPN, PPD, sekolah dan kontraktor.
7.2.7 Memberi maklumbalas terhadap aduan dan laporan yang diterima.

8.0 Pengurusan Komuniti
8.1 Isu dan Masalah
8.1.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
8.1.2 Kepelbagaian Aktiviti
8.1.3 Tidak mengikut peraturan
8.1.4 Ambil tindakan dalam waktu yang singkat/ tidak mengikut prosedur.
8.1.5 Kurang hubungan 2 hala.

8.2 Strategi
8.2.1 Menggerakkan program bersama di peringkat daerah (Hari Guru, Hari Kecemerlangan Daerah, sukan, sambutan
perayaan, bulan patrotik)
8.2.2 Penyebaran maklumat/ buletin PSS berkala.

9.0 Pengurusan Pejabat
9.1 Isu dan Masalah
9.1.1 Penyimpanan rekod yang tidak kemas.
9.1.2 Prosedur kerja kurang dipatuhi.
9.1.3 Kekurangan staf dan sikap negatif staf sokongan
9.1.4 Pejabat kurang kondusif
9.1.5 Maklumat lambat diterima dari PSS

9.2 Strategi
9.2.1 Mewujudkan sistem fail yang mantap.
9.2.2 Perkhidmatan kaunter yang berkualiti.
9.2.3 Mesyuarat dan perbincangan secara terancang
9.2.4 Sesi motivasi / kursus / in house training
9.2.5 Kajian keperluan staf sokongan
9.2.6 Mengadakan pelan kontigensi untuk mengatasi keadaan tersebut.

10.0 Kelebihan dan Peluang
10.1 Kumpulan kepakaran (Pengetua cemerlang, guru cemerlang)
10.2 Berada dalam Negeri Maju.
10.3 Hubungan erat dengan wakil rakyat (MGB/ PKPSM) dan pemimpin tempatan.

11.0 Kelemahan dan Ancaman
11.1 Kejutan budaya
11.2 Gejala sosial (pusat vedio game/ cybercafé)
11.3 Lokasi Kurang Strategi (Terpencil)
11.4 Kurang semangat berkerja sepasukan.
11.5 Kurangnya rasa tanggungjawab terhadap tugas/ Akaunbiliti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan